The Ads

Wednesday, August 10, 2011

[iPad MySuperKids] Cabaran #2: Fasa Ramadhan dan duit saya

Ok, dah tak boleh nak berlengah lagi. Hari ini tarikh tutup untuk hantar entri [iPad MysuperKids]. Asyik duk ulang taip dan delete. Semua yang ditulis macam serba tak kena. Rasa macam nak tarik diri sebab terserlah ketandusan idea. Malahan blog pun dah lama tak update.

Ok, focus. Just be honest and be myself. Tak guna tulis entri bombastic tapi bila sendiri baca rasa macam bukan diri sendiri.

_______________________the end of rambling___________________________ 

Ramadhan datang setiap tahun. Cuma kita je yang tak tentu lagi dapat berjumpa dengan Ramadhan atau tidak. Insyaallah. Sama juga dengan duit. Duit pun sentiasa ada. Cuma antara cukup atau tidak.

Saya bakal mengakhiri usia 20 series tahun depan (oh no!). Maknanya sudah hampir 30 tahun menyambut kedatangan Ramadhan dalam fasa-fasa yang berlainan . Fasa apa? Ni, fasa yang kat bawah ni ye:

Fasa 1: Sebagai anak, pelajar dan...

Rasanya fasa ni yang paling best sekali. Terutamanya semasa zaman sekolah dan masih tinggal dengan keluarga tercinta. Sangat meriah. Makanan penuh satu meja makan. Duit? Memang tak perlu risau pasal duit. Semuanya disediakan oleh ibu dan ayah tersayang. Malahan, siap dapat duit raya lagi! Syok…

Fasa 2: Sebagai orang bekerjaya

Bila dah mula bekerja, sibuk 24/7. Dah semakin jarang dapat menyambut Ramadhan dengan keluarga. Duit banyak dihabiskan dengan berbuka di luar dengan kawan-kawan atau cinta hati.  Tapi, ada juga kelebihannya Ramadhan sebagai orang bekerja. Boleh lah guna duit sendiri dan beli sesuka hati persiapan raya untuk diri sendiri dan keluarga. Walaupun tak banyak tapi sekurang2nya rasa seronok dapat bagi something untuk family, betul tak?

Fasa 3: Sebagai isteri

Keyword untuk fasa ni adalah perkongsian. Peralihan status dari bujang kepada berkahwin, dari seorang jadi berdua. Memang berbeza dari fasa-fasa sebelum ni. Ramadhan sebagai isteri tak boleh suka-suka hati nak berbuka dan bersahur makan maggi ye. Kena la ingat-ingat sikit kat orang sebelah tu. Oh, dan yang paling syok duit pun boleh kongsi2! :-P Tapi awas! Kena la pandai-pandai buat belanjawan jangan sampai terover budget...

Fasa 4: Sebagai ibu

Ramadhan sebagai seorang ibu agak mencabar disebabkan tanggungjawab yang semakin bertambah. Bukan saja tanggungjawab, penggunaan duit jugak semakin bertambah. Mana nak berkejar balik rumah, beli makanan berbuka dan macam-macam lagi. Memang kena banyak bersabar. Masa ni baru teringat fasa yang pertama tadi sewaktu kita yang jadi anak. Baru tau susah senang ibubapa nak bagi yang terbaik untuk anak-anak. Tapi saya percaya Ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan dan nikmat. Apalah sangat duit kalau dibandingkan dengan kegembiraan anak-anak (chewaahhh…) Jom beli baju raya untuk my lil Rara! Fasa ni beli baju raya sendiri jatuh no-2..hehehe

Alhamdulillah, bersyukur sebab dapat melalui semua fasa-fasa ni. Insyaallah kalau diizinkan Allah, akan meneruskan perjalanan ke fasa-fasa yang seterusnya...sebagai nenek mungkin? (berangan jauh betul! :-P) 


“Entri ini ditulis untuk cabaran #2 iPad MySuperKid yang direviu oleh Almiraz & Halen dan ditaja oleh Adorable Muslimah

Selamat berbuka dan bersahur!

2 comments:

Almiraz said...

Pandai mengaitkan duit dan fasa-fasa dalam kehidupan, yelah kan, DUIT sentiasa revolve around ourlives...

Entri yang original dan sangat honest..I like!

All the best untuk cabaran seterusnya!

Coffee Mama said...

Thank you Almiraz for your comment! Wish me luck :-)